Sunday, September 30, 2007
Mac & Cheese
125 gm Macaroni
1/4 bungkus Daging kisar ( kalau tak silap saya 400gm/pack )
1/2 botol kecil Sos Parigo ( nie dalam lingkungan harga RM7 ++ )
2 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
2 helai Daun Salam (kering)
2 tbs Gula
Sedikit Garam
p/s : kalau nak ada rasa pedas2 sikit tu boleh la bubuh sikit lada
- Macaroni tu rebus macam biasa..
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dgn bawang putih, masukan sus parigo garam dan gula dan masukan daging dan kacau rata hingga masak, masukan daun salam.
- Masukan macaroni dan kacau rata.. biarkan dia agak kering sedikit, matikan api dan masukan ke dalam acuan 7’’ x 12’’.. biarkan dan buat bahan untuk sos.
Bahan untuk SOS
1/2 kotak susu segar (guna yg 1liter tu)
3 keping Cheese - (gua guna Cheesedale)
1 sudu teh tepung gandum
- Masukan susu ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan, masukan tepung gandum dicampur dengan sedikit air susu, agar tidak berketul-ketul.
- Masukan cheese dan kacau hingga cheese tadi cair..
- Setelah cair curahkan sos tersebut ke bahan di atas
- Lebihan cheese tadi taburkan di permukaan atas macaroni tadi.
p/s : kalau saya . saya akan porong kecil-kecil lebihan cheese tadi dan di taburkan.. ataupun boleh juga kita potong kecilkan size dia sedikit dan susun tidak terlalu rapat..
kemudian bakar pada suhu 160’C hingga masak .. atau berwarna kekuningan..
get the recipe from http://zana.fotopages.com .. cuba laa sedappppppp!!!
Wednesday, September 26, 2007
Ikan Cencaru Belah Belakang
Ikan Cencaru yang di siang kot blakang dia
Bawang Blend ( senang blend siap2 taruk dlm bekas , dlm peti )
Cili blend
Sedikit Blacan
Air asam jawa
Cara Cara nyer :
Tumis bawang n cili sampai masak
Masukkan blacan n air asam jawa
buat cam sambal biasa ..masukkan bahan perasa
Letakkan sambal yang dah siap tadik kat poket blakang ikan ..
kalau nak padat belah 2 belah ..isi kiri dan kanan
Kalau boleh sejukkan dolu kat dlm peti ke ..
bila nak makan goreng ikan tadik ...dlm minyak yg sikit ..
kasik ala ala rentung pun tak per jgn hangit sudah
balance sambal yg tinggal tu pun tumis kan je dlm minyak ikan tadik sampai garing kruk kruk
siap ...
rupanya tak cantek sangat tapi rasanya best
Ikan cencaru aka ikan gaban aka ikan jaket
Ayam Rendang Siam
ayam potong kecik
1 batang serai (tumbuk)
1/2 inci lengkuas (tumbuk)
1 biji bwg besar (tumbuk)
3 biji bwg putih (tumbuk)
10-15 biji cili api (tumbuk)
6 biji cili kering (tumbuk)
sedikit belacan (boh dlm bahan tumbuk)
daun limau purut
1/2 cube pati ayam
2 sudu sos tiram
gula & garam secukup rasa
air asam jawa jugak secukup rasa
Cara-cara:
goreng ayam hingga kekuning pastu ketepikan
tumis semua bahan tumbuk sampai garing (guna minyak bekas goreng ayam dlm 5 sudu besar). pastu masukkan sikit air & daun limau purut then goreng garing lagi. masukkan semua, cube ayam, gula, garam & sos tiram pastu goreng kering lagi. dah kering sikit, masukkan ayam & last sekali masukkan air asam jawa. masak sampai kering sedikit pastu rasa balik utk adjust rasa. rendang ayam nih rasanya manis2 masam & pedas mcm tomyam jer. mkn ngn nasi panas & kerabu mangga.. heheheh selamat mencuba!
Takken from moomy Azza . Moon dah cuba tapi lepas mkn baru teringat nak amik gambo . So amik gambo asal la ek
onde-onde hijau epal
ehem.. ehem..
bahan-bahan (menurut majalah saji june 2006)
125 gm tepung pulut (sila guna penimbang makanan ye. bukan penimbang badan. tak sesuai gitu..)
3 keping gula melaka (boleh didapati di pasaraya berhampiran. tidak perlu ke melaka ya)
4 sudu besar air daun pandan (kalau nak yg sedap, sila ke kampung pandan jauh ke tengah)
2 sudu kecil air kapur (bukan kapur cikgu sekolah tu tau..)
1/2 biji kelapa (sila la parut...)
sedikit air (air kosong udahlah.. jangan letak air oren pulak)
cara-caranya:
didihkan air dan ketepikan. sementara itu bancuhkan adunan tepung pulut bersama air daun pandan, sedikit air kapur dan air sehingga menjadi doh. setelah itu ulikan doh tersebut sebesar guli sambil letakkan gula melaka di tengahnya sebagai inti. ulangkan langkah yg sama sehingga semua adunan habis. seterusnya, masukkan onde2 tadi ke dalam air yg mendidih. biarkan seketika sehingga ia timbul barula angkat dan golekkan di atas kelapa parut yg telah digaul rata dengan sedikit garam.
ha.... itu resepi dalam buku.. tapi che anne yg bijak pandai geliga ni dah tukarlah sikit resepinya... tepung tu ok. gula melaka tu rasa macam malas je nak cincang. nak senang kononnya, che anne bijak geliga ni belilah gula merah je.... peh tu dalam buku kata 4 sudu besar air daun pandan, che anne jadik sengal seketika. dah beli dah daun pandan. tapi cam dok pikir2, camne nak jadikkan daun pandan ni air. sebab tak boleh nak pikir, che anne mintaklah che made yg tercinta pegi kedai beli pewarna hijau. masukkanlah 4 sudu besar. ha ko.. mcm kaler epal hijau.. sekali tengok macam marzipan pun ada. air kapur tu che anne abaikan ajelah. tak kosa nak mencarik de... akhir sekali dia kata air. dalam pemikiran che anne yg bijak lagi geliga ni, mesti buat onde2 ni macam buat cekodok jugak. jadiknya, semangkuk besarlah che anne letak air. ha.. amik! lembik liut je tepung ni. lepas tu baru teringat ini tepung pulut. bukan tepung gandum. nasib baik tak letak tepung jagung..
uli la ni.. uli punya uli tak jadik jugak doh. dari 125gm tepung, habis satu peket tepung tu. peh tu bila masukkan gula merah untuk inti tu rasa macam was2 nak letak banyak. takut melimpah ruah. letaklah cinonet je. peh tu masukkan dalam air mendidih. dah dekat 5 minit tak jugak timbul onde2 ni. che anne pun tonyoh2 la dengan sudu. timbul akhirnya. alhamdulillah.. dah timbul, kautlah pakai penapis. peh tu golek2kan kat kelapa. dah siap lima biji baru terpandang "kelapa parut yg gaul rata dengan garam". hampeh!
dapatlah dalam 20 biji. excited beno la nak rasanya. amiklah sorang satu onde2 cantik berseri bijak bistari tu. bila makan.. ya rabbi... sebijik macam chewing gum. gula melaka pun hampeh tak de rasa. dah letak pun cinonet je. cinonet jelah rasanya.. kaciwa sungguh.. makanlah sorang 5 biji. peh tu lain sedekah tong ajelah.
paling pilu sadis, besoknya time memerut. yg kuar sumer macam embrio incredible hulk. hijau2 belaka.
oh oh oh.. ku lihat hijau
sekian dari dapur che anne.
moral of the story: jangan ngengada nak tukar resepi kalo setakat masuk dapur setahun 2 kali :P
Monday, September 24, 2007
spaghetti ala filla..
Friday, September 21, 2007
Kuih Sagu Kelapa
Ikan Siakap Masak Steam
Bahan-bahanNyeR :
1 ekor siakap (saiz ikut berapa org makan)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Carrot (dihiris panjang)
Cili padi (dihiris)Garam halusSos tiram2 bijik asam boi (kalau ada)
Bawang besar (di potong bulat utk hiasan)
Daun bawang / ketumbar (ditabur bila dah nak masak)
Cara masak :
1. Bersihkan ikan terlebih dahulu sebersih-bersihnya. (Siakap hanyir skit) boleh guna air asam jawa or perah air limau nipis dan basuh ngan air garam lama skit.
2. Sapukan garam halus kat badan ikan tu rata-rata. (ikan dikelar biar meresap)
3. Sapukan sos tiram di badan ikan tu bersama bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi.
4. Letakkan ikan kat dalam bekas pengukus.
5. Taburkan carrot tadi dan cili padi yg telah dihiris (cili padi kalau suka pedas)
6. Letakkan 2 biji asam boi tadi, bila dah masak nanti boleh di buang.
7. Ikan dah siap untuk di stim kan. Stim la lebih kurang setengah jam (ada org kata kalau mata ikan tu dah tersembur keluar maknanya dah dekat nak masak)
8. Bila dah masak taburkan daun bawang/ daun ketumbar dan tutup api.
p/s: walopun Ikan siakap ni masak sweet sour lgk sodap...tp x salah sekali skala mkn makanan berkukus ni...baik untuk kesihatan.... ;-)
Thursday, September 20, 2007
SAMBAL TUMIS UDANG+PETAI FILLANIE..
Daging Goreng Berkeju Ala Fenriz
daging (sukati nak banyak mana, lagi banyak lagi bagus...)
cheese kraf cheddar
mayonaise
epal hijau
timun jeruk
bawang bakong
lada hitam
daun parsli
cara membuatnya: ~
1. panaskan kuali. (kalau tak panas, cemana nak masak ek?) goreng daging beserta garam. asingkan...
2.cheese dan mayonis dipukul rata (tapi ala-ala pukul manja, jgn sampai tahap mendera tau...). gaul bersama lada hitam dan daun parsli.
3. and then, masukkan secawan air, kacau sehingga sebati. (lebih afdal masa masak pasang lagu 'sejati' supaya cepat sebati). masak dalam periuk atas api. (part ni kena make sure, takut korang semua masak atas lesung batu, hehe...)
4. hiris epal hijau (dibuang kulit tp jangan jadi mcm kacang lupakan kulit), timun jeruk dan bawang bakong, dipotong dadu... (sambil tu boleh lah main dam ular jap sebab dah ada dadu, kan...)
5. setelah cheese dan mayonis mendidih, masukkan daging goreng tadi beserta bahan-bahan yang dihiris. kacau sehingga pekat. (kalau tak pekat, make sure jangan cair sangat...)
6. tambah garam secukup rasa. (jangan letak ajino-moto. ini western foodlah, tak main lah ajino-moto woiiiiii...) hidangkan bersama daun pudina di atasnya sebagai hiasan. (nak bagi cantik lagi, letak bunga ros ke orkid ke, bunga raya pun boleh... baru lah terasa meriah hari raya nanti, tak gitu?)
(siap untuk dihidang... yummeh!!!~ )
gambar ni aku snap malam tadi, masak masa nak berbuka... simple takde hiasan sebab aku tak brp gemar sayur. sukati korang la nak hias cemana... sedap giler dimakan bersama spaghetti, mee goreng, maggi goreng dan segala macam spesis mee... makan dgn nasik pun bleh gak, cuma kurang kick, cam pelik sket... (oh ya lupa plak, sila tutup lagu "sejati" yg korang pasang tadi, berhenti main dam ular... simpan dulu, kang sambung balik... apalagi, santapppppp lerrrrrr...)
ok, selamat mencuba ye, kengkawan... kalau dah masak tu, sila tepon aku untuk sama-sama join korang makan okehhhhhh? hehehe...
Wednesday, September 19, 2007
CHOCOLATE CHIPS COOKIES
chicken puff instant ala ila
Tuesday, September 18, 2007
AYAM GOLEK FILLA
-1 ekor ayam (ditebuk dan dibersihkan dalamnyer)
-kicap masin
-1/2 buku butter
-sedikit madu (jika suka)
-sedikit hirisan halia (jika suker)
-2 sudu teh lada hitam
-lada putih (agak2 ler)
-1 biji bawang besar (dibelah2 jgn putus)
-sedikit garam
Hiasan & boleh gak dimakan:-
-carrot
-cendawan butang
-kentang
-brocolli
-bunga kobis
*celurkan sayuran2 ini dahulu...
Cara2:-
-Memula bancuh kan (kicap+lada hitam+lada putih+madu+garam)
-Perapkan bancuhan ni kat badan ayam tu..... rata2 ok...
-Biarkan ler dalam beberapa jam
-Kalo suker halia boleh tepek2 kan kat badan ayam
-Tepekkan butter yg dipotong kat badan ayam tadi...
-Masukkan dlm microwave atau oven
-Microwave mak dia setkan terus..(tekan jer panggang ayam) boley gitew??
-Kalo x der.. boleh lah agak2 jer dlm 20 minit
-Bila dah setengah masak, sila tebalikkan ayam tadi
-Kemudian sebelum 2,3 minit nak masak... campakkan sayuran tadi kat ayam...
*sekian terima kasih..boleh lah dinikmati ayam golek ini bersama anak yer... budak2 mesti suker sbb tak pedas.... dan berkhasiat.... huhu.....
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Resipi.Net
A
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik
B
6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
C
80g tepung gandum } diayak
60g cocoa powder }
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepong dan koko
1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11”
2. Double boil bahan A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan-bahan B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache, Boleh juga dimakan dengan icecream atau sos kastad.
Yang ni mmg konpom sedap... dah banyak kali dah buat...
..::Absolutely Best Brownies::..
115g butter, melted
200g sugar (gula kastor yer cik salmah sekalian)
2 eggs
60g self-rising flour
30g unsweetened cocoa powder(aku pakai yg vochelle jer)
2g salt
5ml essence vanilla
60g chopped walnuts (kacang lain pun bley..jgn kacang kuda jer..kacang parang..kacang panjang tak leh..)
DIRECTIONS:
1. Hangatkan oven korang yang canggig tuh ke 175 deg celcius. Grease dan tepungkan baking pan anda. Sesuai untuk 8x8 or 9x9 baking pan. Kalau takder, tak kisah..pakai jer belakang tudung periuk korang.
2. Dalam mangkuk..(bukan mangkuk ayun atau mangkuk tingkat) beatkan melted butter tuh ngan gula. Smpi kembang dan sebati yer cik salmah sekian...
3. Then, campurkan tepung, koko dan garam. Bley la masukkan ke campuran butter ngan gula tuh. After that yer cik salmah, bley masukkan essence vanilla ngan walnuts.
4. Ratakan adunan tersebut ke dlm baking pan anda.
5. Bakar lah dalam masa 25 ke 30 minit, sampai masak. Kalau nak tahu dah masak atau tidak, masukkan toothpicks ke dalam adunan tuh. Kalau hujung tak melekat, maknanya masak la tuh..
Sekian, terima kasih.
by FARA THE GREAT