Wednesday, September 26, 2007

onde-onde hijau epal

org baru nak sibuk bagi resepi. boleh gitu? :)

ehem.. ehem..


bahan-bahan (menurut majalah saji june 2006)

125 gm tepung pulut (sila guna penimbang makanan ye. bukan penimbang badan. tak sesuai gitu..)

3 keping gula melaka (boleh didapati di pasaraya berhampiran. tidak perlu ke melaka ya)

4 sudu besar air daun pandan (kalau nak yg sedap, sila ke kampung pandan jauh ke tengah)

2 sudu kecil air kapur (bukan kapur cikgu sekolah tu tau..)

1/2 biji kelapa (sila la parut...)

sedikit air (air kosong udahlah.. jangan letak air oren pulak)

cara-caranya:

didihkan air dan ketepikan. sementara itu bancuhkan adunan tepung pulut bersama air daun pandan, sedikit air kapur dan air sehingga menjadi doh. setelah itu ulikan doh tersebut sebesar guli sambil letakkan gula melaka di tengahnya sebagai inti. ulangkan langkah yg sama sehingga semua adunan habis. seterusnya, masukkan onde2 tadi ke dalam air yg mendidih. biarkan seketika sehingga ia timbul barula angkat dan golekkan di atas kelapa parut yg telah digaul rata dengan sedikit garam.


ha.... itu resepi dalam buku.. tapi che anne yg bijak pandai geliga ni dah tukarlah sikit resepinya... tepung tu ok. gula melaka tu rasa macam malas je nak cincang. nak senang kononnya, che anne bijak geliga ni belilah gula merah je.... peh tu dalam buku kata 4 sudu besar air daun pandan, che anne jadik sengal seketika. dah beli dah daun pandan. tapi cam dok pikir2, camne nak jadikkan daun pandan ni air. sebab tak boleh nak pikir, che anne mintaklah che made yg tercinta pegi kedai beli pewarna hijau. masukkanlah 4 sudu besar. ha ko.. mcm kaler epal hijau.. sekali tengok macam marzipan pun ada. air kapur tu che anne abaikan ajelah. tak kosa nak mencarik de... akhir sekali dia kata air. dalam pemikiran che anne yg bijak lagi geliga ni, mesti buat onde2 ni macam buat cekodok jugak. jadiknya, semangkuk besarlah che anne letak air. ha.. amik! lembik liut je tepung ni. lepas tu baru teringat ini tepung pulut. bukan tepung gandum. nasib baik tak letak tepung jagung..

uli la ni.. uli punya uli tak jadik jugak doh. dari 125gm tepung, habis satu peket tepung tu. peh tu bila masukkan gula merah untuk inti tu rasa macam was2 nak letak banyak. takut melimpah ruah. letaklah cinonet je. peh tu masukkan dalam air mendidih. dah dekat 5 minit tak jugak timbul onde2 ni. che anne pun tonyoh2 la dengan sudu. timbul akhirnya. alhamdulillah.. dah timbul, kautlah pakai penapis. peh tu golek2kan kat kelapa. dah siap lima biji baru terpandang "kelapa parut yg gaul rata dengan garam". hampeh!

dapatlah dalam 20 biji. excited beno la nak rasanya. amiklah sorang satu onde2 cantik berseri bijak bistari tu. bila makan.. ya rabbi... sebijik macam chewing gum. gula melaka pun hampeh tak de rasa. dah letak pun cinonet je. cinonet jelah rasanya.. kaciwa sungguh.. makanlah sorang 5 biji. peh tu lain sedekah tong ajelah.

paling pilu sadis, besoknya time memerut. yg kuar sumer macam embrio incredible hulk. hijau2 belaka.

oh oh oh.. ku lihat hijau

sekian dari dapur che anne.

moral of the story: jangan ngengada nak tukar resepi kalo setakat masuk dapur setahun 2 kali :P

3 comments:

...$weE+ 666... said...

siot punyer anne! sumpah aku tanak try resepi ko ni!!! aku tanak jadik incredible hulk... huhuhu... tau pun moral of the story, chef wan pun surrender dgn ko ni, memandai je tukar bahan... ;p

Miss Moon said...

Moon baca cam baca komik plak punya klaka la ...zz kalau cam nih sah sah diterima masuk ...mmg otak cam kiter gaks ...nih anne best fren nko tuh ke .

Filla said...

heheh..anne ko ni kelaka mcm gaban gak eh?leh tahan gak eh..khusyuk aku baca citer ko.. memandai jek ko pi tkr resipi..owang suh pakai daun pandan ko pi pakai kaler ijau!!! pastukan dah 'kulihatt hijau'..huahahah..x dapek den nk nolong... x perlah..len kali biler aku tingin nk mkn chewing gum aku suh ko buat eh??hauhahahaha...