Sunday, September 30, 2007

Mac & Cheese

Resipi ini ku buat di ari Sabtu... dh xreti dh nk masak apa.. try laa wat Macaroni bakar yg sodap dan yg paling best bila melihat Haris makan dengan yummynye.... Bukan senang nk tgk dia makan..
















125 gm Macaroni
1/4 bungkus Daging kisar ( kalau tak silap saya 400gm/pack )
1/2 botol kecil Sos Parigo ( nie dalam lingkungan harga RM7 ++ )
2 ulas Bawang Merah
1 ulas Bawang Putih
2 helai Daun Salam (kering)
2 tbs Gula
Sedikit Garam

p/s : kalau nak ada rasa pedas2 sikit tu boleh la bubuh sikit lada

- Macaroni tu rebus macam biasa..
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dgn bawang putih, masukan sus parigo garam dan gula dan masukan daging dan kacau rata hingga masak, masukan daun salam.
- Masukan macaroni dan kacau rata.. biarkan dia agak kering sedikit, matikan api dan masukan ke dalam acuan 7’’ x 12’’.. biarkan dan buat bahan untuk sos.


Bahan untuk SOS

1/2 kotak susu segar (guna yg 1liter tu)
3 keping Cheese - (gua guna Cheesedale)
1 sudu teh tepung gandum


- Masukan susu ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan, masukan tepung gandum dicampur dengan sedikit air susu, agar tidak berketul-ketul.
- Masukan cheese dan kacau hingga cheese tadi cair..
- Setelah cair curahkan sos tersebut ke bahan di atas
- Lebihan cheese tadi taburkan di permukaan atas macaroni tadi.
p/s : kalau saya . saya akan porong kecil-kecil lebihan cheese tadi dan di taburkan.. ataupun boleh juga kita potong kecilkan size dia sedikit dan susun tidak terlalu rapat..

kemudian bakar pada suhu 160’C hingga masak .. atau berwarna kekuningan..

get the recipe from http://zana.fotopages.com .. cuba laa sedappppppp!!!

Wednesday, September 26, 2007

Ikan Cencaru Belah Belakang

Bahan Bahan :

Ikan Cencaru yang di siang kot blakang dia
Bawang Blend ( senang blend siap2 taruk dlm bekas , dlm peti )
Cili blend
Sedikit Blacan
Air asam jawa

Cara Cara nyer :
Tumis bawang n cili sampai masak
Masukkan blacan n air asam jawa
buat cam sambal biasa ..masukkan bahan perasa
Letakkan sambal yang dah siap tadik kat poket blakang ikan ..
kalau nak padat belah 2 belah ..isi kiri dan kanan
Kalau boleh sejukkan dolu kat dlm peti ke ..
bila nak makan goreng ikan tadik ...dlm minyak yg sikit ..
kasik ala ala rentung pun tak per jgn hangit sudah
balance sambal yg tinggal tu pun tumis kan je dlm minyak ikan tadik sampai garing kruk kruk
siap ...
rupanya tak cantek sangat tapi rasanya best

Ikan cencaru aka ikan gaban aka ikan jaket

Ayam Rendang Siam

Bahan Bahan nye :

ayam potong kecik
1 batang serai (tumbuk)
1/2 inci lengkuas (tumbuk)
1 biji bwg besar (tumbuk)
3 biji bwg putih (tumbuk)
10-15 biji cili api (tumbuk)
6 biji cili kering (tumbuk)
sedikit belacan (boh dlm bahan tumbuk)
daun limau purut
1/2 cube pati ayam
2 sudu sos tiram
gula & garam secukup rasa
air asam jawa jugak secukup rasa

Cara-cara:
goreng ayam hingga kekuning pastu ketepikan
tumis semua bahan tumbuk sampai garing (guna minyak bekas goreng ayam dlm 5 sudu besar). pastu masukkan sikit air & daun limau purut then goreng garing lagi. masukkan semua, cube ayam, gula, garam & sos tiram pastu goreng kering lagi. dah kering sikit, masukkan ayam & last sekali masukkan air asam jawa. masak sampai kering sedikit pastu rasa balik utk adjust rasa. rendang ayam nih rasanya manis2 masam & pedas mcm tomyam jer. mkn ngn nasi panas & kerabu mangga.. heheheh selamat mencuba!

Takken from moomy Azza . Moon dah cuba tapi lepas mkn baru teringat nak amik gambo . So amik gambo asal la ek

onde-onde hijau epal

org baru nak sibuk bagi resepi. boleh gitu? :)

ehem.. ehem..


bahan-bahan (menurut majalah saji june 2006)

125 gm tepung pulut (sila guna penimbang makanan ye. bukan penimbang badan. tak sesuai gitu..)

3 keping gula melaka (boleh didapati di pasaraya berhampiran. tidak perlu ke melaka ya)

4 sudu besar air daun pandan (kalau nak yg sedap, sila ke kampung pandan jauh ke tengah)

2 sudu kecil air kapur (bukan kapur cikgu sekolah tu tau..)

1/2 biji kelapa (sila la parut...)

sedikit air (air kosong udahlah.. jangan letak air oren pulak)

cara-caranya:

didihkan air dan ketepikan. sementara itu bancuhkan adunan tepung pulut bersama air daun pandan, sedikit air kapur dan air sehingga menjadi doh. setelah itu ulikan doh tersebut sebesar guli sambil letakkan gula melaka di tengahnya sebagai inti. ulangkan langkah yg sama sehingga semua adunan habis. seterusnya, masukkan onde2 tadi ke dalam air yg mendidih. biarkan seketika sehingga ia timbul barula angkat dan golekkan di atas kelapa parut yg telah digaul rata dengan sedikit garam.


ha.... itu resepi dalam buku.. tapi che anne yg bijak pandai geliga ni dah tukarlah sikit resepinya... tepung tu ok. gula melaka tu rasa macam malas je nak cincang. nak senang kononnya, che anne bijak geliga ni belilah gula merah je.... peh tu dalam buku kata 4 sudu besar air daun pandan, che anne jadik sengal seketika. dah beli dah daun pandan. tapi cam dok pikir2, camne nak jadikkan daun pandan ni air. sebab tak boleh nak pikir, che anne mintaklah che made yg tercinta pegi kedai beli pewarna hijau. masukkanlah 4 sudu besar. ha ko.. mcm kaler epal hijau.. sekali tengok macam marzipan pun ada. air kapur tu che anne abaikan ajelah. tak kosa nak mencarik de... akhir sekali dia kata air. dalam pemikiran che anne yg bijak lagi geliga ni, mesti buat onde2 ni macam buat cekodok jugak. jadiknya, semangkuk besarlah che anne letak air. ha.. amik! lembik liut je tepung ni. lepas tu baru teringat ini tepung pulut. bukan tepung gandum. nasib baik tak letak tepung jagung..

uli la ni.. uli punya uli tak jadik jugak doh. dari 125gm tepung, habis satu peket tepung tu. peh tu bila masukkan gula merah untuk inti tu rasa macam was2 nak letak banyak. takut melimpah ruah. letaklah cinonet je. peh tu masukkan dalam air mendidih. dah dekat 5 minit tak jugak timbul onde2 ni. che anne pun tonyoh2 la dengan sudu. timbul akhirnya. alhamdulillah.. dah timbul, kautlah pakai penapis. peh tu golek2kan kat kelapa. dah siap lima biji baru terpandang "kelapa parut yg gaul rata dengan garam". hampeh!

dapatlah dalam 20 biji. excited beno la nak rasanya. amiklah sorang satu onde2 cantik berseri bijak bistari tu. bila makan.. ya rabbi... sebijik macam chewing gum. gula melaka pun hampeh tak de rasa. dah letak pun cinonet je. cinonet jelah rasanya.. kaciwa sungguh.. makanlah sorang 5 biji. peh tu lain sedekah tong ajelah.

paling pilu sadis, besoknya time memerut. yg kuar sumer macam embrio incredible hulk. hijau2 belaka.

oh oh oh.. ku lihat hijau

sekian dari dapur che anne.

moral of the story: jangan ngengada nak tukar resepi kalo setakat masuk dapur setahun 2 kali :P

Monday, September 24, 2007

spaghetti ala filla..



Bahan2:-

1. spaghetti

2. button mushroom (di slice)

3. 1 biji bawang besar (potong dadu)

4. 2 biji bawang putih (tumbuk)

5. tomato puree

6. prego (suker ati nak rasa aper)

3. daging cincang..(selalu aku beli ramly..tp ramly takder..aku pakai lain ler..nampak mcm
beketul plak...)


Cara2:-

1. Panaskan minyak

2. Tumiskan bawang putih & bawang besar...

3. Dah naik bau..campakkan daging cincang

4. Kacau hingga daging tadi kering...(tak berair)

5. masukkan prego dan button mushroom..

6. Masukkan air..(kalo 1 botol prego..air pon 1 botol)

7. Kacau sehingga kuah menjadi pekat, sedap, cantik... heheh

8. Rasa sikit..kalo x cukup rasa..campakkan garam sikit..

9. Sementara tu leh ler rebuskan spaghetti tu yer...

10. Pastu bukak mulut, suap dalam mulut..kunyah...


p/s: semalam baru try..tp mak tebeli plak spaghetti yg jenis halus mcm meehoon plak..x best nyer..mcm makan mihun..boley??... x italianooo lerr camtu.. pastu memalu kucing nak amik gambo..radie tgk!!! uwaaaaa....

Friday, September 21, 2007

Kuih Sagu Kelapa


Alamak semua org dah contribute accepts aku yg ketinggalan....actually mommy memang tak masak sepanjang bulan pose ni (almost 10day dah) sbb balik keje mommy tolong mamatuk balqis kat pasar ramadhan.Anyway mommy just copy & paste resepi yg dfwdkan oleh ann a.k.a mama danish/danisha.Hope u guys tak marah ekkk...hehehe resepi dr papa balqis blum ada lg sbb papa balqis busy skit.So then mommy nak share cara2 membuat kuih sagu kelapa:


Bahan-Bahan:


300 gm biji sagu

¼ biji kelapa

½ cawan gula pasir garam

3 gelas air

perasa pandan atau air pandan


Cara:


Sagu dibersih dan dituskan. Masak gula dengan air sehingga hancur.

Kemudian masukkan sagu, perasa pandan. Kacau hingga kembang.


Setelah masak, angkat dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan. Potong sagu yang telah sejuk dan gaul dengan kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Siakap Masak Steam

Ini bukan hidangan berbuka puasa baru-baru ni yerk Puan-Puan semua...entry ni dah lama dlm blog Mai..so nak cepat kita main copy n paste jek.....demi menyahut cabaran kerajaan utk cuba makan makanan yg kurang berminyak dan dpt menguruskan badan,huhuu bulan poser pon cam x kurus jek ni......kalau ada yg nak ubah2 boley ajer, ikut sesedap rasa, kita yg buat dia..

Bahan-bahanNyeR :

1 ekor siakap (saiz ikut berapa org makan)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Carrot (dihiris panjang)
Cili padi (dihiris)Garam halusSos tiram2 bijik asam boi (kalau ada)
Bawang besar (di potong bulat utk hiasan)
Daun bawang / ketumbar (ditabur bila dah nak masak)

Cara masak :

1. Bersihkan ikan terlebih dahulu sebersih-bersihnya. (Siakap hanyir skit) boleh guna air asam jawa or perah air limau nipis dan basuh ngan air garam lama skit.
2. Sapukan garam halus kat badan ikan tu rata-rata. (ikan dikelar biar meresap)
3. Sapukan sos tiram di badan ikan tu bersama bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi.
4. Letakkan ikan kat dalam bekas pengukus.
5. Taburkan carrot tadi dan cili padi yg telah dihiris (cili padi kalau suka pedas)
6. Letakkan 2 biji asam boi tadi, bila dah masak nanti boleh di buang.
7. Ikan dah siap untuk di stim kan. Stim la lebih kurang setengah jam (ada org kata kalau mata ikan tu dah tersembur keluar maknanya dah dekat nak masak)
8. Bila dah masak taburkan daun bawang/ daun ketumbar dan tutup api.

p/s: walopun Ikan siakap ni masak sweet sour lgk sodap...tp x salah sekali skala mkn makanan berkukus ni...baik untuk kesihatan.... ;-)